Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PTPTN – Ambilan Tahun 2020

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Januari 2020. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan serta berumur 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Lihat juga : 
Jawatan Kosong Terkini PTPTN Februari 2020
Temuduga Terbuka PTPTN Februari 2020

Tarikh tutup permohonan pada 05 Januari 2020
Lokasi : PTPTN Pelbagai Negeri
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong PTPTN – Tarikh Tutup Permohonan 05 Januari 2020

CARA MEMOHON DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum atau pada 05 Januari 2020 di pautan link yang diberikan di bawah.

MAKLUMAT KHUSUS KEPADA CALON

(a) MAKLUMAN MELALUI E-MEL KEPADA CALON YANG DISENARAIKAN BAGI URUSAN TEMUDUGA

Calon yang berjaya dalam saringan/pemilihan temuduga akan dihubungi melalui e-mel bagi urusan temuduga. Sila pastikan alamat e-mel adalah aktif dan boleh digunakan.

(b) MAKLUMAN MELALUI TELEFON KEPADA CALON YANG BERJAYA DALAM TEMUDUGA

Calon yang berjaya dalam sesi temuduga akan dihubungi melalui telefon bagi makluman tarikh lapor diri. Sila pastikan nombor telefon yang dikemukakan adalah aktif dan masih digunakan.

(c) IMBUHAN / ELAUN

Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan dan Bantuan Sara Hidup akan dibayar kepada calon yang ditawarkan jawatan yang dipohon.

(d) PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan-jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

(e) CATATAN AM

Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temuduga adalah atas tanggungjawab calon sendiri.

Iklan, syarat lantikan dan permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong