Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji (LTH) - Tarikh Tutup 22 Disember 2019

Jawatan kosong terkini di Lembaga Tabung Haji (LTH) Disember 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai :

1. PENGURUS SEKRETARIAL

Tarikh tutup permohonan : 22 Disember 2019
Lokasi : LTH Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji (LTH) - Tarikh Tutup 22 Disember 2019


1.1 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

i) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian atau berkaitan Pengurusan / Pentadbiran atau kelayakan setaraf dengannya dari universiti-universiti tempatan atau universiti-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan; DAN

ii) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

iii) Mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) tahun pengalaman mengendalikan kesetiausahaan korporat;

Keutamaan:-

iv) Mempunyai Ijazah Profesional ICSA;

v) Pemegang Lesen Setiausaha Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Badan-Badan Profesional yang diiktiraf;

vi) Berpengetahuan luas mengenai Akta Syarikat, 1965 dan peraturan serta kehendak badan-badan yang berkaitan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia;

vii) Mempunyai interpersonal yang cemerlang, pro aktif, berdisiplin dan motivasi tinggi dalam meningkatkan prestasi kerja;

viii) Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan aplikasi-aplikasi Microsoft Office;

ix) Mampu berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

1.2 TANGGUNGJAWAB

i) Membantu Setiausaha kepada Lembaga dan Pengurus Kanan menyediakan nasihat berhubung isu-isu korporat serta berkaitan perundangan dan pematuhan yang dibangkitkan di mesyuarat Lembaga Pengarah, Panel Pelaburan, Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga dan Anak-anak syarikat TH;

ii) Bertindak sebagai setiausaha syarikat untuk anak-anak syarikat TH;

iii) Memberi dan menyediakan khidmat nasihat kepada TH dan Kumpulan TH berhubung isu-isu korporat dan kesetiausahaan syarikat selaras dengan Akta Syarikat, Akta Sekuriti, amalan, kaedah, peraturan, pekeliling, garis panduan dan syarat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan lain-lain pihak berkuasa;

iv) Menyediakan khidmat nasihat serta membantu TH dan Kumpulan TH berhubung perkara-perkara kesetiausahaan syarikat sebagaimana dan apabila dikehendaki berhubung kehendak penyenaraian (listing requirement), pengumuman (announcement) dan peraturan terhadap kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia;

v) Menyenaraikan dan mencadangkan mekanisma dan garis panduan untuk pengembangan kerjaya anggota yang kompeten;

vi) Memantau strategi, polisi, prosedur dan pelan tadbir urus TH dan anak-anak syarikat;

vii) Membuat kajian undang-undang berhubung dengan perkara-perkara dan isu-isu yang berkaitan seperti mana yang diarahkan oleh Setiausaha kepada Lembaga dan Pengurus Kanan;

viii) Menyediakan laporan berkaitan tugas-tugas di Bahagian Perundangan;

ix) Mengendalikan tugas dan perkara-perkara berkaitan dengan Bahagian Perundangan dan sekretarial yang diarahkan oleh Setiausaha kepada Lembaga dan Pengurus Kanan dari semasa ke semasa;

x) Bertindak sebagai sekretariat dan mengambil minit untuk mesyuarat-mesyuarat seperti Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Perkhidmatan, Jawatankuasa Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Eksekutif, Jawatankuasa Tatatertib Kumpulan Bukan Eksekutif, Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Eksekutif, Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Kumpulan Bukan Eksekutif dan Anak-anak Syarikat TH;

xi) Membantu Setiausaha kepada Lembaga dan Pengurus Kanan untuk memastikan pematuhan statutori portfolio TH serta memantau pengurusan anak-anak syarikat TH seperti menyemak dan memberi nasihat berhubung dokumen-dokumen perjanjian dan kontrak yang melibatkan anak-anak syarikat, memberi nasihat perundangan berhubung perjalanan dan operasi anak-anak syarikat dan Pemantauan borang-borang dan dokumen statutori yang difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia / badan regulator yang lain.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan berkelayakan hendaklah membuat permohonan di laman portal kerja Jobstreet Malaysia; https://www.jobstreet.com.my secara 'Online' atau sila klik pada pautan link yang di berikan dibawah. Pemohon hendaklah mendaftar sebelum membuat sebarang permohonan di Jobstreet Malaysia.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong