Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) - Tarikh Tutup 06 Disember 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Disember 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan adalah dipelawa memohon jawatan kosong terkini sebagai :

1. Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Tarikh tutup permohonan 06 Disember 2019
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Disember 2019


Kelayakan Diperlukan

1) Calon hendaklah memiliki kelayakan berikut :

i) warganegara Malaysia;

ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii) Sihat tubuh badan dan mental; dan

iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

vi) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2) Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Antara tugas dan tanggungjawab adalah seperti:

i) Membantu dan bertanggungjawab dalam segala urusan bagi pemulihan kanak-kanak cacat, perkhidmatan pemulihan akhlak dan lain-lain;

ii) Di samping itu memberi khidmat nasihat kepada Pertubuhan Sukarela seperti Pusat Harian Kanak-kanak Terencat Akal, Rumah Orang-orang Tua dan Asrama Anak Yatim.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :-

i. Permohonan mestilah disertakan dengan resume , salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan;

ii. Hanya permohonan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga;

iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

iv. Borang permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bahagian Pengurusan
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Aras 16, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 PUTRAJAYA

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong