Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kerani Pentadbiran Gred K1 di FAMA – Tarikh Tutup 28 Mei 2019

Jawatan kosong terkini di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Mei 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai :

1. KERANI PENTADBIRAN GRED K1

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 28 MEI 2019
LOKASI : KUALA LUMPUR
SEKTOR : BERKANUN/ KERAJAAN

Jawatan Kosong Mei Jun 2019


Taraf Jawatan : Anggota Projek (Kontrak)
Penempatan : Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL)
Tempoh Perkhidmatan : 6 bulan (akan disambung perkhidmatan berdasarkan prestasi)

Jawatan : Kerani Pentadbiran Gred K1

Gaji Pokok : RM1204.50 sebulan
Elaun – Elaun : Elaun Kedatangan : RM75.00

Syarat Lantikan :

(1) Warganegara Malaysia;
(2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(3) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian Bahasa Melayu atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(4) Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam perkhidmatan awam.

Bidang Tugasan :
  • Melakukan tugas-tugas pengkeranian;
  • Merekodkan data dan menyediakan jualan dan belian invois;
  • Mengemaskini maklumat ke dalam sistem;
  • Membantu dalam menyediakan fail;
  • Membantu dalam membuat promosi jualan.
Cara Memohon :

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p. (sila muat turun pada link yang diberikan di bawah)

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil-sijil persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing yang disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi terakhir.

(d) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP :

Permohonan hendaklah sampai kepada:

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Ibu Pejabat FAMA
Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor

Sebelum atau pada : 28 MEI 2019 (SELASA)

CATATAN AM :

1. Calon-calon diingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong