Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong ASWARA – Tarikh Tutup 15 Mei 2019

Jawatan kosong terkini di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Mei 2019. ASWARA memerlukan kumpulan pengurusan yang terdiri daripada individu yang dinamik, kreatif, inovatif, bermotivasi tinggi untuk bekerja dengan semangat berpasukan dan meminati serta menghargai bidang seni budaya dan warisan bagi merealisasikan misi dan visi penubuhan ASWARA sebagai :

1. TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL AKADEMIK

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 18 MEI 2019
LOKASI : KUALA LUMPUR
SEKTOR : BERKANUN/ KERAJAAN

Jawatan Kosong ASWARA Mei 2019

DESKRIPSI TUGAS TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL AKADEMIK

• Bertanggungjawab ke atas perancangan dan pemantauan ke atas pelaksanaan urusan hal ehwal akademik dalam semua bidang dan tahap pengajian yang ditawarkan oleh ASWARA. Pelaksanaan dan pemantauan urusan akademik melibatkan pengawalseliaan urusan seperti pembangunan kurikulum, sukatan pelajaran, kualiti pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan peperiksaan, bahan dan kandungan kursus pengajian dan aspek-aspek lain melibatkan kecemerlangan akademik.

KELAYAKAN

• Warganegara Malaysia;

• Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

• Berumur tidak kurang dari 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

• Mempunyai kelayakan di peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang seni dan budaya yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau menjawat jawatan sekurang-kurangnya di Gred DS54 (Prof Madya) di mana-mana universiti awam atau menjawat jawatan sekurang-kurangnya di Gred 52 di ASWARA;

• Memiliki pengalaman sebagai Ketua Jabatan / Pengarah /Dekan tidak kurang 5 tahun di mana-mana institusi pengajian tinggi;dan

• Mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran akademik dan memahami sukatan kurikulum di peringkat universiti.

SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan ASWARA yang boleh diperolehi dengan memuat turun borang tersebut pada pautan link yang diberikan di bawah.

b) Permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran passport salinan kad pengenalan, kelulusan akademik, resume dan dokumen-dokumen sokongan dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Nilaian Prestasi untuk tempoh tiga (3) tahun berturut-turut yang telah disahkan.

d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm dengan menulis nama jawatan dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat.

e)Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 15 Mei 2019.

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)


Tel : 03-2778 5999 / 03-2778 5939 / 5940

COMPANY OVERVIEW

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) adalah sebuah institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 [Akta 653] dengan tujuan untuk menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan.

CATATAN AM

• Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

• Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon

• Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/makluman selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan anda TIDAK BERJAYA.
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong