Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - 08 Mac 2019

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Mac 2019. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA adalah sebuah Universiti Awam di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti berikut :-

JAWATAN BUKAN AKADEMIK
1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PEGAWAI TADBIR (PENGURUS KENDERAAN) N41
3. PEGAWAI PSIKOLOGI S41
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
5. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
6. JURUTERAPI PERGIGIAN U29
7. PEMBANTU LAUT A19
8. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
9. PEMANDU KENDERAAN H11
10. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

JAWATAN AKADEMIK
11. PENSYARAH UNIVERSITI DS51/53/VK7
12. KARYAWAN TAMU

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 08 MAC 2019
LOKASI : SG.BESI, KUALA LUMPUR
SEKTOR : KERAJAAN

Jawatan Kosong UPNM Mac 2019



1. TARAF JAWATAN - Semua jawatan akan dilantik secara Tetap / Kontrak / Sementara / Pinjaman.

2. Permohonan dibuka untuk WARGANEGARA sahaja.

3. SYARAT LANTIKAN
 Sila rujuk lampiran di dalam sistem e-recruitment UPNM pada link yang diberikan di bawah.

4. PENETAPAN GAJI PERMULAAN
 Gaji permulaan adalah mengikut skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa.

5. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.

6. SYARAT-SYARAT UMUM
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan Awam berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia).

7. SYARAT TAMBAHAN
Pemohon perlu mempunyai kesihatan tubuh badan yang diperakui sihat oleh Pegawai Kesihatan dan boleh melakukan aktiviti di luar waktu kerja disamping aktif dalam aktiviti sukan.

8. CARA MEMOHON

i. Pemohon perlu melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar login anda di alamat: http://erecruitment.upnm.edu.my (sila klik pada link yang diberikan di bawah) dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda secara online. Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga; dan

ii. Permohonan daripada pegawai/anggota yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan Berkanun perlu mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini, salinan Buku Perkhidmatan yang dikemas kini dan salinan dokumen/sijil seperti di atas.

iii. Bagi permohonan untuk jawatan akademik, Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Akademik (UPNM.PEND.HRM.001). Borang tersebut boleh di dapati di laman web http://pendaftar.upnm.edu.my atau pada link yang diberikan dibawah. Borang yang lengkap diisi perlu di sertakan bersama salinan yang disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A) bagi dokumen/sijil berikut:

a) Resume terkini
b) Kad Pengenalan
c) Sijil-sijil Akademik (SPM/STPM/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD)
d) Sijil-sijil Ko-kurikulum / Penglibatan NGO
e) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan (bagi pekerja swasta / industri)
f) Slip gaji terakhir (jika masih berkhidmat)

Satu set permohonan yang telah lengkap hendaklah di pos ke alamatkan berikut:

Jabatan Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
(u.p. : Encik Sazali bin Salim)

iv. Jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

v. Sila kemukakan pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.

vi. Hanya pemohon yang memenuhi syarat skim, layak selepas tapisan dan di senarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

vii. UPNM tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temu duga.

viii. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

- Jawatan Akademik - Encik Sazali bin Salim / Puan Normah binti Musa melalui telefon 03-90513400 samb 3070/4584/3575 atau emel: sazali@upnm.edu.my / normah@upnm.edu.my

- Jawatan Bukan Akademik – Puan Zaishamsuria Binti Samsudin / Puan Norashikin binti Yusuff / Encik Mohamad Noor Amirul Ashraf bin Osman melalui telefon 03-90513400 samb 3405/4566/4585 atau emel: suria@upnm.edu.my / norashikin@upnm.edu.my / amirulashraf@upnm.edu.my

ix. Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 8 Mac 2019

Peringatan: Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.

Panduan Iklan Untuk Rujukan Pemohon

Tarikh Iklan : 24 Februari 2019
Tarikh Tutup Iklan : 8 Mac 2019
Saringan Data oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia : Mac 2019
Saringan Data oleh Fakulti : April 2019
Temuduga : Mei 2019
Tarikh Lapor Diri : Jun 2019

Iklan, borang, syarat kelayakan dan permohonan jawatan secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI