Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - 14 Februari 2019

Jawatan kosong terkini di Pusat Sukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Februari 2019. Pusat Sukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang sukan yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Jurulatih Sukan secara SAMBILAN seperti berikut : 

Jurulatih Sukan Sambilan :

1. Bola Baling
2. Silat
3. Petanque
4. Bola Keranjang
5. Bola Tampar
6. Badminton
7. Tenis
8. Renang
9. Rekreasi dan Mendaki

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan pada 14 Februari 2019 (Khamis)

Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Februari 2019


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia . Terbuka kepada semua (Warga UTHM yang berkelayakan digalakkan untuk memohon)
2.  Mempunyai pengalaman dalam bidang sukan yang dipohon sekurang-kurangnya lebih dari 1 tahun.
3. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun atau lebih dari tarikh memohon. 
4. Mempunyai dokumen –dokumen sokongan yang berkaitan seperti sijil kejurulatihan dll. Lantikan 5. Jawatan berkuatkuasa dalam tempoh minimum Lima (5) bulan sahaja

Cara Memohon

1. Borang permohonan boleh didapati di Laman Web Pusat Sukan UTHM > http://psu.uthm.edu.my/ ( KLIK DI SINI ) atau di Pejabat Am Pusat Sukan UTHM.

2. Sila lampirkan salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan oleh majikan ataupun mana-mana pihak yang berkenaan.

3. Borang yang telah lengkap diisi bolehlah terus dihantar atau poskan kepada :

           Unit Kecemerlangan Pelajar
           Pusat Sukan
           Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
           86400 Parit Raja Batu Pahat Johor.
           Tel : 07-4537439/7490

4. Borang permohonan yang tidak lengkap atau lewat dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

MAKLUMAT JAWATAN


  • Bayaran Bulanan : RM 25 / sejam
  • Maksimum bayaran adalah sebanyak RM 400.00 sebulan berdasarkan tuntutan yang dibuat oleh jurulatih setiap bulan.
  • Bayaran elaun RM 50.00 / sehari kepada Jurulatih yang mengiringi pasukan ke kejohanan luar adalah bergantung kepada tempoh pertandingan / kejohanan.
  • Jadual latihan adalah bergantung kepada pasukan / jurulatih masing-masing.
  • Tempoh Lantikan bermula pada Mac 2019 hingga Disember 2019

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Sebelum atau pada 14 Februari 2019 (KHAMIS)

KETERANGAN AM

  • Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga    
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak Pusat Sukan UTHM selepas satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima bolehlah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Sumber iklan jawatan
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong