Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - 01 Mac 2019

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Februari 2019. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa seluruh warga Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Universiti ini.

1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29

Tarik Tutup Permohonan : 01 Mac 2019
Lokasi : Melaka
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Mac 2019


CARA MEMOHON
  1. Semua permohonan jawatan bukan akademik DIMESTIKAN menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara online dengan melayari lawan webUTeM: http://www.utem.edu.my dan klik di ruangan Current Updates atau Quick Links – Job Vacancies dan seterusnya pada Iklan Perjawatan Bukan Akademik untuk mengisi Borang Permohonan Jawatan Online yang disediakan mulai 4 Februari 2019 – 1 Mac 2019 atau sila ke link yang diberikan dibawah.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menggunakan permohonan jawatan secara online tidak akan dipertimbangkan;
  3. Syarat-syarat lantikan boleh didapati melalui laman web UTeM seperti di atas dengan klik pada jawatan yang hendak dipohon di Borang Permohonan Jawatan Online.
  4. Calon dinasihatkan untuk membaca Arahan Pengisian semasa mengisi Borang Permohonan Jawatan Online. Kegagalan mengisi borang dengan lengkap serta memuat naik dokumen sokongan boleh menyebabkan permohonan calon ditolak.
  5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menjalani ujian saringan atau temuduga.
  6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah dianggap tidak berjaya.
  7. Tarikh tutup permohonan melalui sistem permohonan jawatan secara online mestilah tidak lewat dari 1 Mac 2019.
PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian +606-2701947 (Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar)

PERHATIAN: 
  1. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki membuat permohonan secara online dan perlu melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Calon yang berjaya terpilih ke Temu Duga dikehendaki membawa bersama:
  • perakuan bertulis daripada Ketua Jabatan yang menyatakan sama ada menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai berkenaan. Muat turun lampiran disini
  • kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini
  • laporan pengisytiharan harta
  • laporan penilaian prestasi yang terkini (3 tahun kebelakang) 
  • kenyataan bebas dari sebarang tindakan tatatertib.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong