Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) - 25 Februari 2019

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) Februari 2019. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2008, mempelawa semua warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya seperti berikut:

1. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 25 FEBRUARI 2019
LOKASI : Kuala Lumpur
SEKTOR : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya) Februari 2019


JAWATAN: PEMBANTU  EHWAL EKONOMI 
GRED: E19
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: PERKHIDMATAN EKONOMI
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
JADUAL GAJI MIN. - MAKS. : RM 1,353. - RM 4,005.
TARAF JAWATAN: KONTRAK
KEKOSONGAN JAWATAN: 3 KEKOSONGAN KONTRAK

1. Syarat Lantikan :

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan. ( Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM 1,353.00 ); atau

ii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. ( Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM 1,353.00); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E19:RM 1,409.40 ); atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ( Gaji permulaan ialah pada Gred E19:RM 1,465.80 )

2. Syarat kelayakan Bahasa Melayu

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan :

i. Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Semua permohonan hanya boleh dikemukakan SECARA TALIAN (ONLINE) melalui web http://www.skm.gov.my. (Sila klik pada link permohonan online di bawah). Sebarang masalah berkaitan sistem e-Kerjaya boleh diemelkan ke SystemAdmin@skm.gov.my;

(b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Februari 2019 (Isnin);

(c) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun, atau Pihak Berkuasa Berkanun Tempatan perlu membuat permohonan secara "online" dengan syarat sekiranya berjaya dipanggil temuduga hendaklah membawa perakuan bertulis daripada Ketua Jabatan yang menyatakan samaada menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai. Pegawai juga dikehendaki membawa kenyataan perkhidmatan yang di kemas kini, laporan pengisytiharan harta, laporan penilaian prestasi yang terkini dan kenyataan bebas dari sebarang tindakan tatatertib;

(d) Permohonan dari bekas tentera mestilah disertakan dengan bukti rekod perkhidmatan dari Kementerian Pertahanan Malaysia apabila calon yang berjaya dipanggil temuduga.

(e) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak; dan

(f) Pihak SKM tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan kos yang terlibat dalam urusan ini.

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp
Jom follow kami di whatsapp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI