Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Segamat (MPSegamat) - 28 Februari 2019

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Segamat (MPSegamat) Februari 2019. Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Segamat.

1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Juruukur Bahan JA29
3. Penolong Jurutera JA29
4. Pembantu Penguat Kuasa KP19
5. Pembantu Tadbir (P/O) N19
6. Pembantu Kesihatan Awam U19
7. Pengawal Keselamatan KP11
8. Pemandu Kenderaan H11
9. Pembantu Awam H11

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan pada 28 Februari 2019 (Khamis)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Segamat (MPSegamat) Februari 2019


CARA MEMOHON :

(a) Pemohon hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga
RM1.00/set di Pejabat Majlis Perbandaran Segamat atau dengan memuat turun borang di laman web
www.mpsegamat.gov.my. atau pada link yang diberikan di bawah.

(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,
(BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
85000 SEGAMAT, JOHOR

(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

(c) Borang-borang permohonan hendaklah disertakan dengan salinan:

(i) Kad Pengenalan Diri;
(ii) Sijil Kelahiran;
(iii) Sijil-sijil Persekolahan;
iv) Sijil Kelulusan Akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon;
v) Transkip keputusan akhir peperiksaan (jika diploma/ijazah sebenar masih belum diterima);
vi) Satu (1) keping gambar terkini berukuran ‘paspot’;
vii) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jka ada)

(d) Permohonan daripada jawatan Gred 29 hingga Gred 41 hendaklah disertakan dengan video resume yang berdurasi tidak lebih dari 3 minit dalam bentuk softcopy.

(e) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa
Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut
Peraturan –peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan)
2012 Peraturan 18.

(f) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti di dalam iklan akan DI TOLAK SERTA-MERTA.

(g) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(h) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

PERINGATAN : SEMUA SALINAN DOKUMEN DI ATAS HENDAKLAH DISAHKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL) ATAU PENGHULU MUKIM/KETUA KAMPUNG.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini (docx)

Muat turun borang permohonan jawatan di sini (pdf)
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong