Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai (MPN) - [Tarikh Tutup 12 Mac 2019]

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Nilai (MPN) Mac 2019. Warganegara Malaysia yang terdiri daripada anak kelahiran Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah di Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus sebagai :

1. Penolong Pegawai Penilaian W29
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
3. Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11
4. Pembantu Awam H11
5. Pembantu Penguat Kuasa KP19
6. Pemandu Kenderaan H11
7. Pembantu Kesihatan Awam U19

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 12 MAC 2019
LOKASI PEKERJAAN : Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan
SEKTOR : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai (MPN) Mac 2019


Cara-Cara Memohon :

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (M.P.N.) 1/01 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan,Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.00.

2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan:-

i) Salinan MyKaddan Salinan Sijil Lahir
ii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
iii) Gambar berukuran pasport (dilekatkan di muka hadapan borang)
iv) Salinan sijil-sijil keputusan bagi kelayakan yang disyaratkan

3. Permohonan yang berikut akan ditolak:-

i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
ii) tidak disertakan salinan pengiktirafan kelayakan IPTA/ IPTS untuk perkhidmatan Awam (https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php)
iii) tidak lengkap atau tidak terang;
iv) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
v) tidak menulis nombor MyKad dan nama jawatan yang di pohon;
vi) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat;
vii) tidak ditandatangani; dan
viii) permohonan yang diterima selepas tarikh tutup.

4. Tarikh Permohonan Dibuka : 27 FEBRUARI 2019

5. Tarikh Permohonan Ditutup : 12 MAC 2019

6. Alamat Jabatan:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Nilai
No.1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai
Peti Surat No. 52
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tel : 06-7989112

Catatan Am (PENTING - SILA AMBIL PERHATIAN) :-

a) Hanya calon yang layak selepas tapisan/senarai pendeksahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal dan/atau temu duga. Calon-calon perlu sentiasa menyemak dari semasa ke semasa panggilan Ujian Fizikal dan panggilan Temu Duga di laman web MPN ; www.mpn.gov.my.

b) Sebarang tuntutan perbelanjaan kerana menghadiri ujian fizikal dan temuduga kelak tidak akan ditanggung oleh MPN;

c) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.

d) Semua SALINAN SIJIL TIDAK PERLU DISAHKAN oleh pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/Ketua Kampung/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah/Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong