Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) Februari 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) sebagai :
1) Penolong Pegawai Tadbir N29
2) Pembantu Tadbir (P/O) N19
Tarikh tutup 17 Februari 2019
CARA MEMOHON
1. Semua Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDPP berharga RM 3.00 yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh (Kaunter Kewangan).
2. Setiap permohonan hendaklah ditulis Nama Jawatan dibahagian atas sampul surat sebelah kiri.
3. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Pasir Puteh,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.
4. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.
5. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport,salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkip keputusan pemeriksaan semua semester yang telah disahkan.
6. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.
7. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
8. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Tarikh Tutup Permohonan adalah 17 FEBRUARI 2019 (AHAD).
Muat Turun Iklan Jawatan Disini
Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) - 17 Februari 2019
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.
Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.