Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang - 24 Februari 2019

Jawatan kosong terkini di Kerajaan Negeri Pulau Pinang Februari 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai :

1. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan pada 24 Februari 2019

Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang Februari 2019


Syarat dan Kelayakan :

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

(c) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:

      i) Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan

     ii) Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,352.00); atau

(d) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,408.40); atau

(e) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,464.80)

(f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman sesawang Sistem pendaftaran Pekerjaan Sepanjang Masa (e2psm) di laman sesawang http://e2psm.penang.gov.my/login.php, atau sila ke link yang diberikan dibawah.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI