Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Januari 2019

Jawatan kosong kerajaan januari 2019 terkini di Malaysia. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :-

1. PEMANDU GRED K3

Taraf Jawatan : Anggota Projek (Kontrak)
Penempatan : Ibu Pejabat FAMA
Tempoh Perkhidmatan : 6 bulan (akan disambung perkhidmatan berdasarkan prestasi)

Pemandu Gred K3

Gaji Pokok : RM1000.00 sebulan
Elaun – Elaun : Elaun Kedatangan : RM75.00
Elaun Khas Memunggah : RM 250.00

Syarat Lantikan : 

(1) Warganegara Malaysia;
(2) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(3) Memiliki Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR), atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(4) Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam perkhidmatan awam;
(5) Memiliki lesen memandu kelas D atau E serta GDL. 

Jawatan Kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 2019


CARA MEMOHON :

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p. Sila muat turun di bawah.

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil-sijil persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing  yang disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi terakhir.

(d) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.


ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP :

Permohonan hendaklah sampai kepada:

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Ibu Pejabat FAMA
Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor


Sebelum atau pada : 25 JANUARI 2019 (JUMAAT)

CATATAN AM :

1. Calon-calon diingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI