1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
Tarikh tutup permohonan 22 November 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 7/2016 yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Klang dengan harga RM2.00.
(b) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran pasport, Salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan (sijil/diploma/ijazah), transkrip keputusan peperiksaan semua semester yang telah disahkan
daripada salinan asal;
(c) Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan prestasi.
(d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada:
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH
JALAN PERBANDARAN
41675 KLANG