1. PENSYARAH DS51
Tarikh tutup permohonan 31 Disember 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:
1. Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan UKM-SPKP-JP-PK01-BO02 Permohonan
Jawatan Akademik beserta Maklumat Peribadi (CV), salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN. Sila rujuk senarai semak permohonan jawatan akademik Universiti Kebangsaan Malaysia yang dilampirkan.
2. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat. Permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses dan akan dianggap tidak berjaya.
3. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga di peringkat Fakulti yang berkenaan.
4. Segala dokumen permohonan hendaklah dihantar mengikut alamat berdasarkan jawatan yang dipohon.
5. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan / Badan-badan Berkanun / Kuasa
Tempatan hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi terkini.
6. Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang jawapan dari pihak Universiti Kebangsaan Malaysia
dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan, bermakna permohonan tersebut adalah dianggap tidak berjaya.
*Sila catatkan ‘PERMOHONAN JAWATAN AKADEMIK PROGRAM ASASIpintar UKM’ di sudut kiri atas sampul surat permohonan
Untuk maklumat lanjut, hubungi :-
Dr Azizah binti Mohd Zahidi
Ketua Program ASASIpintar UKM
Pusat PERMATApintar™ Negara, UKM
Emel: aspintar@ukm.edu.my