Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) - 28 Oktober 2016

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Oktober 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia Keutamaan kepada Rakyat Negeri
Selangor yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sebagai :

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

3. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S29

4. PEMANDU KENDERAAN H11

5. PEMBANTU AWAM H11


Tarikh tutup permohonan 28 Oktober 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong

CARA MEMOHON

a) Borang Permohonan Jawatan boleh dibeli di Jabatan Khidmat Pengurusan dengan harga RM2.10 tunai/senaskah (termasuk GST 6%).

b) Bagi Borang Permohonan Jawatan yang dimuat turun di laman web rasmi Majlis Daerah Hulu Selangor www.mdhs.gov.my perlu membuat bayaran sebanyak RM2.10 tunai/senaskah (termasuk GST 6%) semasa menghantar borang di kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan.

c) Sekiranya pemohon membuat penghantaran borang secara pos, pemohon hendaklah menyertakan:
i) Kiriman wang / Wang pos (postal order/money order) berjumlah RM2.10 tunai/senaskah (termasuk GST 6%) kepada MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR.

ii) Satu (1) keping sampul surat berukuran 10 cm x 23 cm (size kecil) LENGKAP dengan NAMA dan BERALAMAT SENDIRI serta bersetem RM 0.60.

d) Borang permohonan (termasuk borang yang dimuat turun dari laman web rasmi MDHS) hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas dari muka surat 1 hingga 7.

e) Permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan persekolahan yang telah DISAHKAN dari salinan asal (Sila rujuk arahan yang tertera di dalam borang permohonan jawatan).

f) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

g) Syarat-syarat lantikan boleh didapati melalui laman web rasmi Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

h) Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU 

(u.p.: Jabatan Khidmat Pengurusan)

i) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

j) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima dan dipertimbangkan. Borang permohonan secara Pos yang diterima oleh Jabatan selepas tarikh tutup iklan akan DITOLAK.

JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong