1. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
2. PENOLONG JURUTERA JA29
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
Tarikh tutup permohonan 29 September 2016
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan
PERMOHONAN:
(a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong Majlis Daerah Tangkak dengan bayaran RM1.00 setiap borang permohonan dan juga boleh didapati melalui laman web www.mdtangkak.gov.my atau datang sendiri ke Pejabat Besar, Majlis Daerah Tangkak ( Bahagian Sumber Manusia ) pada waktu pejabat (8.00 pagi – 5.00 petang) atau dengan mengirim sampul suratberukuran 10cm x 32cm ( 4x9 inci) bersetem 0.50 sen beralamat sendiri dengan mencatat “PERMOHONAN BORANG” dan “NAMA JAWATAN” disudut sebelah atas kiri sampul surat.
(b) Semua permohonan hendaklah disertakan:-
i) Salinan sah Sijil-Sijil Persekolahan
ii) Salinan sah Kad Pengenalan
iii) Salinan sah Sijil Lahir
iv) Sijil Berhenti Sekolah
v) Salinan sah Lesen Memandu
v) Gambar warna berukuran pasport
vi) Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada, serta dialamatkan kepada;
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
84900, TANGKAK, JOHOR.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 29 SEPTEMBER 2016 ( KHAMIS )
(c) Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/KuasaKuasa
Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan
masing-masing mengikut Perintah Am Bab A , Bil. 17 Tahun 2005 di bawah
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan
Penamatan Perkhidmatan).
(d) Hanya calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh
6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka
tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah
ditanggung oleh calon sendiri.