Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Terkini di UiTM - 15 Julai 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Julai 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di  Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan sebagai :

1. PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP 

Tarikh tutup permohonan 15 Julai 2016 
Lokasi : Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong di uitm julai 2016

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

4. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

5. Pemohon–pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

8 Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

9. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus negeri/ cawangan.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh didapati di laman sesawang UiTM di http://www.nsembilan.uitm.edu.my atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.
b) Tarikh Tutup Permohonan ialah pada hari JUMAAT,15 JULAI 2016
c) Sila kemukan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS KUALA PILAH, BETING
72000, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN
No Tel : +(606)-483 2100 / 483 


Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong