1. PEMBANTU PENILAIAN W19
2. PEMBANTU AKAUNTAN W19
Tarikh tutup permohonan 12 Ogos 2016
Lokasi : Perak
Sektor : Kerajaan
PERMOHONAN:
( i ) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Rasmi ( MDS.PKDM 1/97 pindaan 2015) yang boleh diperolehi di Kaunter Aras Satu, Majlis Daerah Selama Majlis Daerah Selama atau melalui laman web: www.mdselama.gov.my.
( ii ) Borang Rasmi MDS.PKDM 1/97 pindaan 2015 boleh diperolehi di Kaunter Aras Satu, Majlis Daerah Selama.
( iii ) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil akademik, Kad Pengenalan, Surat Beranak / Sijil Kelahiran, yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
( iv ) Permohonan calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan disahkan oleh Ketua Jabatan disertakan bersama. Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.
( v ) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat:-
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SELAMA,
34100 SELAMA
PERAK DARUL RIDZUAN.