1. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
Tarikh tutup permohonan 16 Julai 2016
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan
Panduan/Cara Memohon
Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan termasuk salinan sijil ujian lisan Bahasa Melayu (SPM) dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan serta disahkan.
Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke
alamat seperti di bawah:-
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.