Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Sabah Parks 2025

Jawatan kosong terkini di Taman-Taman Sabah / Sabah Parks 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Negeri Sabah berumur tidak kurang 23 tahun dari tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan lantikan Kontrak di Sabah Parks sebagaimana berikut.

1. Juruukur Bahan Gred J9

Tarikh tutup permohonan 16 Mei 2025 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Ibu Pejabat, Taman-Taman Sabah.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Sabah Parks 2025

Jawatan : Juruukur Bahan Gred J9

Syarat Lantikan

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia berasal dari Negeri Sabah;

2. Berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelayakan akademik:

a. Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
b. Kepujian Bahasa Melayu sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia.

4. Kriteria Tambahan:

a. Mempunyai pengalaman 3-5 tahun dalam bidang berkaitan Juruukur Bahan
b. Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi, kreatif dan critical thinking.
c. Mempunyai penguasaan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris yang tinggi.
d. Mahir dalam proses tender termasuk penyediaan kuantiti (take-off), pengukuran tapak, dan pengesahan kerja.
e. Seorang yang berdikari, berinisiatif tinggi, berintegriti, mempunyai kemahiran berunding yang baik serta kebolehan berkomunikasi dengan pelbagai pihak.
f. Mampu bekerja di bawah tekanan dan menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran kerja.
g. Berpengetahuan dalam pengurusan kontrak, undang-undang kontrak dan Piawaian Industri.
h. Mempunyai kemahiran analisis yang baik serta kemahiran komunikasi yang berkesan.


Tanggungjawab

a. Menyediakan dan memantau anggaran kos serta mengurus lukisan projek dan dokumentasi berkaitan.
b. Menyediakan Bills of Quantities (BQ), mengambil kira bahan dan membuat Pengukuran.
c. Menilai dan menyemak tuntutan kemajuan daripada perunding dan kontraktor.
d. Mengkaji lukisan dan arahan baru yang dikeluarkan serta memberi nasihat kepada Pengurus Projek berkaitan impak kos.
e. Menyediakan dan mengemukakan tuntutan kemajuan perunding dan kontraktor.
f. Menilai kerja-kerja variasi dan menyediakan laporan impak kos.
g. Menyediakan dokumen sebutharga dan tender serta dokumen kontrak.
h. Menyediakan laporan tender dan membantu dalam proses penganugerahan Kontrak.
i. Menghadiri mesyuarat tapak dan teknikal serta menjalankan penilaian di tapak projek.
j. Menyelaras proses perolehan bagi memastikan ia mematuhi spesifikasi reka bentuk dan perancangan bajet.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online malalui eKerja Taman-Taman Sabah pada pautan yang diberikan di bawah.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Mei 2025 (Jumaat).

Pautan

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong