Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong LPNM Jun 2024

Jawatan kosong terkini di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) 2024. Permohohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sebagaimana berikut.

Bil. Nama Jawatan Tarikh Tutup Iklan & Syarat Borang
1. Pegawai Ehwal Ekonomi E41 14 Jun 2024 Muat turun Muat turun
2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E29
3. Pembantu Ehwal Ekonomi E19
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
5. Pemandu Kenderaan H11

Perhatian! Sila scroll atau swipe ke kiri untuk melihat butiran penuh.

Tarikh tutup permohonan 14 Jun 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : LPNM Johor & Sarawak.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong LPNM Jun 2024

Cara Memohon

1. Pemohon yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan kosong yang tersebut. Borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan pada jadual diatas.

2. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.

3. 1 borang hanya untuk 1 jawatan sahaja. Sila gunakan borang berasingan sekiranya memohon lebih dari 1 jawatan.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi tiga tahun terkini berturut-turut, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.

5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

6. Permohonan yang tidak mendapat jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM.

7. Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut:

i) Salinan Sijil Kelahiran
ii) Salinan Kad Pengenalan
iii) Salinan Lesen Memandu
iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
v) Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
vi) Surat sokongan/kebenaran (bagi pemohon seperti di Perkara 4)
vii) Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini)
viii) Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini)

8. Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat di bawah sebelum atau pada 14hb Jun 2024 (Jumaat);

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No. 5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(U/P : Bahagian Khidmat Pengurusan – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI