Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Tahun 2024

Jawatan kosong terkini di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia Graduan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti sebelum atau pada 26 April 2024 untuk memohon jawatan lantikan Kontrak (Interim) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagaimana berikut.

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia 2024

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Guru DG41)

Tarikh tutup permohonan 26 April 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia.
Sektor : Kerajaan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Tahun 2024

Cara Mengemukakan Permohonan

1. Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP), sila kepautan yang diberikan di bawah, sebelum atau pada 26 April 2024 (Jumaat).

2. Graduan Pendidikan yang telah memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024 TIDAK PERLU membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini.

3. Graduan Pendidikan diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

4. Graduan Pendidikan TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan daripada tarikh tutup hebahan bermula 27 April 2024 sehingga 1 Jun 2024.

Pengiktirafan Kelayakan

1. Graduan perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada MQA untuk dibawa semasa menghadiri temu duga. Ini bertujuan bagi pengesahan penarafan bidang pendidikan.

2. Graduan boleh menyemak taraf kelayakan pendidikan di pautan berikut:

a) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm; atau
b) https://www2.mqa.gov.my/mqr/

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 April 2024 (Jumaat).

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online malalui mySPP disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong