Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MAQIS Mei 2024

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Tarikh tutup permohonan 24 Mei 2024 (Jumaat).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong MAQIS Malaysia Mei 2024

Jawatan : Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
Bilangan Kekosongan : 100
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,493.00 - RM5,696.00

Elaun

i. Imbuhan Tetap Khidmat Awam
ii. Imbuhan Tetap Perumahan
iii. Bayaran Imbuhan Sara Hidup

Kemudahan

i. Cuti Rehat (25 hari setahun)
ii. Faedah Rawatan Perubatan (diri/ isteri/ suami/ anak dan ibu bapa)

Tugasan

Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan, aktiviti kuarantin dan penguatkuasaan di Pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin di Malaysia bagi memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma dan makanan bebas dari ancaman perosak, penyakit, bahan cemar.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang MAQlS/KONTRAK/1/2024 (sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah). Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan resume, dokumen sokongan berkaitan yang disahkan, dan dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
Aras 4,Wisma Tani,Lot 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan 62624
PUTRAJAYA

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat di atas sebelum atau pada 24 Mei 2024 (Jumaat).

Catatan Am

Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang jawapan daripada MAQIS ini dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan.

Pertanyaan

Sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang perkara berkaitan boleh menghubungi:-

(i) Puan Noor Azleeza binti Mohd Noor
Emel : azleeza@maqis.qov.my
Telefon :03-8870 1974

(ii) Encik Ku Akram Bin Ku Mansor
Emel : kuakram@maqis.qov.my
Telefon :03-8870 1975

Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong