Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Kementerian Digital 2024

Jawatan kosong terkini di Kementerian Digital 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Kementerian Digital sebagaimana berikut.

1. Personel MySTEP (Penolong Setiausaha)
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda
Kadar Upah : RM2,100.00 sebulan
Kemudahan : Cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP dan Perkeso.
Lain-lain : Tuntutan Perjalanan

Tarikh tutup permohonan 21 April 2024 (Ahad).
Lokasi penempatan : Putrajaya.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Kementerian Digital April 2024

Syarat Lantikan

i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang dari 25 hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
(iii) Memiliki kelulusan setaraf ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi; dan
(iv) Pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Calon yang disenarai pendek akan dipanggil bagi sesi temuduga.

Rigkasan Senarai Tugas

i) Membantu dan menyelaras urusan bagi persiapan persidangan Parlimen, pembangunan dokumen strategik dan blueprint yang berkaitan dengan fungsi kementerian, hal ehwal keurusetiaan mesyuarat dan mendokumentasikan hasil tugasan mengikut Garis Panduan/Pekeliling/Surat Arahan dan arahan semasa yang berkuatkuasa.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi di laman Portal Pekerjaan Negara, MYFutureJobs. Sila klik pada pautan yang diberikan di bawah untuk iklan jawatan dan permohonan. Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.

Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 21 April 2024 (Ahad).

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini

Perhatian!
Sekiranya pautan yang kami berikan diatas terdapat ralat pada MyFutureJobs, sila refresh kembali browser berkenaan. Atau sekiranya masih terdapat ralat lagi, sila ke MyFutureJobs https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ dan masukkan kata kunci Kementerian Digital pada carian dan Search. Selamat memohon dan semoga berjaya admin ucapkan.

JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong