Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap/ Kontrak di Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) sebagaimana berikut.

1. Penolong Juruukur Bahan JA29
2. Penolong Jurutera JA29
3. Pembantu Awam H11

Tarikh tutup permohonan 31 Mac 2024 (Ahad).
Lokasi penempatan : MPKu Johor.
Sektor : Badan Berkanun/ Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) Mac 2024

Cara Memohon

1. Permohonan-permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Perbandaran Kulai yang boleh diperolehi daripada Pejabat Majlis secara percuma. Borang Permohonan dan Syarat Kelayakan serta Senarai Semak juga boleh diperolehi pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi satu jawatan yang dipohon.

3. Permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan dan Sijil Berhenti Sekolah (setiap salinan sijil hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas atau Penghulu Mukim atau Guru Besar / Pengetua).

4. Bagi kelayakan Sijil/ Diploma/ Ijazah perlu dilampirkan pengiktirafan kelayakan di jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Laman Web http://www2.mqa.gov.my/esisraf dan dihantar bersama borang permohonan.

5. Permohonan yang lewat diterima, tanpa gambar dan tanpa dokumen – dokumen di atas dan tidak mengikut syarat/peraturan tidak akan dilayan.

6. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.18 dibawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam Tahun 2012 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi, Surat Kebenaran Permohonan dari Ketua Jabatan dan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

7. Permohonan hendaklah dihantar terus kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KULAI
JALAN PEJABAT KERAJAAN
81000 KULAI, JOHOR
U.P.: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

sebelum jam 5.00 petang pada 31 MAC 2024 dengan mencatat nama dan jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat.


8. Hanya calon – calon yang berkelayakan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Mereka yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong
Ikuti kami di WhatsApp!
Jom sertai kami di WhatsApp channel sekarang untuk info jawatan kosong yang lebih banyak dan terkini.
KLIK DISINI