Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap/ Kontrak di Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
2. Pembantu Penguatkuasa KP19

Tarikh tutup permohonan 31 Mac 2024 (Ahad).
Lokasi penempatan : MDPT Perak.
Sektor : Kerajaan/ Badan Berkanun

Jawatan Kosong Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) Mac 2024

Cara Memohon

i. Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui borang yang boleh didapati melalui laman web Majlis Daerah Perak Tengah atau di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Perak Tengah atau sila kepautan yang diberikan di bawah.

ii. Pemohon perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:
  • gambar terkini berukuran passport; resume;
  • salinan MyKad;
  • salinan sijil kelahiran;
  • salinan kelulusan akademik SPM atau setaraf dengannya; salinan sijil berhenti sekolah; dan
  • dokumen sokongan lain yang berkaitan.
iii. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).

iv. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan BorangLampiran A, Borang Lampiran D, salinan Kenyataan Perkhidmatan, salinan LNPT/Laporan Prestasi bagi 3 tahun terkini dan salinan Pengisytiharan Harta.

v. Pemohon hendaklah menyenaraikan semua kelayakan pendidikan yang dimiliki.

vi. Permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mengikut syarat lantikan akan DITOLAK.

vii. Dokumen permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Perak Tengah
Kompleks Majlis Daerah Perak Tengah
32610 Seri Iskandar

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2024 (Ahad).

Catatan Am

i. Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria tapisan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan MDPT akan dipanggil temu duga.
ii. Sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MDPT berhak membatalkan perlantikan calon.
iii. Keputusan pemilihan calon oleh MDPT adalah muktamad.
iv. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah mengangggap permohonan mereka tidak berjaya.
v. Pengambilan sebagai Pembantu Tadbir lantikan kontrak untuk perkhidmatan (Contract for Service) bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai lantikan tetap.

Iklan dan borang permohonan jawatan MDPT disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong