Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (Keutamaman diberikan kepada anak kelahiran Selangor atau Ibu/ Bapa dilahirkan di Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Penilaian W19
2. Pembantu Operasi H11

Tarikh tutup permohonan 01 April 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : MBSJ Selangor.
Sektor : Badan Berkanun/ Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2024

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat secara online. (sila ke pautan yang diberikan di bawah).

2. Pemohon perlu memuatnaik salinan lembut dokumen yang diperlukan seperti berikut:

i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran calon dan ibubapa.
ii. Salinan Sijil berhenti Sekolah Rendah, Menengah dan Sijil-sijil yang berkaitan.
iii. Salinan Kelulusan Akademik SRP/PMR, SPM/SPVM, STPM, STAM,Sijil-Sijil, Diploma, atau Ijazah (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester – (jika yang berkenaan).
v. Borang pemastautin (Jika pemastautin melebihi 15 tahun, sila sertakan pengesahan pemastautin daripada Penghulu Mukim yang dilantik.

3. Permohonan yang memiliki syarat-syarat yang dikehendaki sahaja akan dipertimbangkan dan hanya calon-calon yang lulus tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pihak MBSJ akan menghantar e-mel kepada calon-calon yang telah disenarai pendek bagi mengemukakan 1 Salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ’A’ 1973 dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

Perhatian

i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi / tidak memenuhi syarat akan ditolak.
ii. Hanya calon-calon yang layak dan lulus tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 April 2024 (Isnin).

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong