Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Parlimen Malaysia 2024

Jawatan kosong terkini di Parlimen Malaysia 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Parlimen Malaysia sebagaimana berikut.

1. Pereka Grafik Gred B29

Tarikh tutup permohonan 18 Mac 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : Kuala Lumpur.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Parlimen Malaysia Mac 2024

Jawatan : Pereka Grafik Gred B29
Kementerian/Jabatan : Parlimen Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak (Personel MySTEP)
Kadar Upah : RM1,900.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
dan
3. Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
4. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diktiraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
5. Diploma dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
6. Keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai:

(i) Kepakaran dalam menggunakan aplikasi/ perisian Microsoft Power Point/ Adobe Photoshop/ Premiere & After Effect/ Finalcut X/ Pro Presenter 7/ Cerevo/ OBS/ Webex (Live Stream & Live Conference); dan
(ii) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang reka bentuk atau reka bentuk buku serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan susun atur (layout) grafik, bahan-bahan pameran, fotografi termasuk pergurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara atas talian (online) pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 ke atas.

3. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)

Tarikh tutup permohonan adala pada 18 Mac 2024 (Isnin).

Catatan Am

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong