Follow Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong SUHAKAM Ogos 2025

Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ambilan Ogos 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini bertaraf Tetap dan Tidak Berpencen di SUHAKAM seperti berikut.

1. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1
(Bahagian pengurusan Dan Kewangan)

Tarikh tutup permohonan 18 Ogos 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : Ibu Pejabat SUHAKAM, Kuala Lumpur.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong SUHAKAM Ogos 2025

1. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1
Taraf Jawatan : Tetap dan Tidak Berpencen
Tempat Bertugas : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)
Gaji Min - Maks : RM1,500.00 - RM4,680.00
Elaun : RM805.00


Syarat Umum

i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,500.00); atau

ii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,561.00); atau

iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,561.00); atau

iv. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi Perakaunan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,622.00); atau

v. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W1: RM1,622.00)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Tanggungjawab

Pembantu Tadbir (Kewangan) akan bertanggungjawab, antara lain seperti berikut:

Bertanggungjawab untuk membantu dalam menyedia dan mengemaskini, mengurus dan menyelenggara rekod perbelanjaan khususnya kerja-kerja melibatkan Pengurusan dan Kewangan Belanjawan serta Pengurusan Kewangan Am, Pengurusan Terimaan, Pengurusan Bayaran Emolumen, Pembayaran dan lain-lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah diminta untuk mengemukakan surat permohonan yang lengkap seperti maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, surat rujukan majikan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) melalui pos atau melalui serahan tangan sebelum atau pada 18 Ogos 2025 (Isnin) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Bahagian Sumber Manusia)


Atau boleh juga dihantar melalui emel :

jawatankosong@suhakam.org.my

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Wan Norhafizah Junid atau Puan Nurulhidayati Masdim di 03-2612 5600/5607.
JOM SERTAI KAMI DI WHATSAPP CHANNEL !
Jom sertai kami di WhatsApp Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke WhatsApp anda. Kini telah ramai menyertai kami dan mengaktifkan pemberitahuan di WhatsApp Channel agar tidak ketinggalan info terkini mengenai jawatan kosong yang kami kemaskini.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong