Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Pekerja Sambilan Harian (PSH) dan Personel MySTEP di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagaimana berikut.

1. Personel MySTEP Gred 41
2. Pekerja Sambilan Harian (PSH) Gred 41
3. Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Tarikh tutup permohonan 25 April & 01 Mei 2024.
Lokasi penempatan : MPM Selangor.
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Mei 2024

1. Personel MySTEP Gred 41
Kekosongan : 2 orang
Gaji : RM2,100.00 sebulan
Umur : Tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan.
Fungsi tugas : Bertanggungjawab sebagai Pegawai Peperiksaan dalam subjek Bahasa Inggeris dan Sains.
Waktu bekerja : 9 jam sehari termasuk waktu rehat
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP, dan PERKESO.

Syarat Lantikan

(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Bahasa Inggeris atau Sains Tulen; dan
(ii) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Pekerja Sambilan Harian (PSH) Gred 41
Kekosongan : 2 orang
Gaji : RM100.00 sehari
Tempoh diperlukan : Mei 2024 hingga Julai 2024
Umur : Tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan
Fungsi tugas : Bertanggungjawab menguruskan tugas yang berkaitan dengan pengendalian dan pentadbiran peperiksaan
Waktu bekerja : 9 jam sehari termasuk waktu rehat.

Syarat Lantikan

(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Bahasa Inggeris; dan
(ii) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tarikh tutup permohonan 01 Mei 2024 (Rabu).

3. Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Gaji : RM54.00 sehari
Kekosongan : 7 orang
Tempoh diperlukan : 6 Mei 2024 hingga 15 Mei 2024
Umur : Tidak melebihi 35 tahun
Fungsi tugas : Membantu tugas perkeranian dan tugas-tugas am
Tempat bekerja : Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Selangor.

Syarat Lanikan

(i) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu sekurang-kurangnya lulus 6 mata pelajaran, termasuk 2 kepujian (Bahasa Malaysia dan mana-mana 1 mata pelajaran lain).

Tarikh tutup permohonan 25 April 2024 (Khamis).

Cara Memohon

Permohon hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian (online) di http://apps.mpm.edu.my/erecruitment/.

Catatan Am

i. Hanya calon yang terpilih akan dihubungi untuk temu duga.
ii. Permohonan yang lewat atau tidak mengikut peraturan akan ditolak.
iii. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 7 hari dari tarikh iklan ditutup.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong