Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Yong Peng 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Yong Peng 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Yong Peng (MD Yong Peng) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
2. Pembantu Kesihatan Awam U19
3. Pembantu Awam H11
4. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh tutup permohonan 31 Januari 2024 (Rabu).
Lokasi penempatan : MD Yong Peng, Johor.
Sektor : Badan Berkanun/ Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Yong Peng Januari 2024

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

PEJABAT MAJLIS DAERAH YONG PENG
KM. 1 JALAN LABIS
83700 YONG PENG
JOHOR DARUL TA’ZIM
TEL : 07-4671276

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2024 (Rabu).

2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan sertakan dengan:-

i. Sekeping gambar terkini berukuran passport;
ii. Salinan Kad Pengenalan Diri, Sijil Kelahiran, Sijil Diploma, Ijazah (bagi Diploma dan ljazah termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semesta), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Berhenti Sekolah, dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti aktiviti-aktiviti kokurikulum ketika bersekolah.

SALINAN SIJIL HENDAKLAH DIAKUI SAH OLEH PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL GRED 41 KE ATAS SAHAJA

3. Pemohon daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

4. Sila hantar borang permohonan berserta dokumen lengkap ke alamat seperti tertera di atas sebelum atau pada tarikh tutup iklan jawatan.

5. Bagi Calon JA29 adalah diminta untuk sediakan Satu (1) Video ringkas (tidak lebih dari 90 saat) nyatakan. Pengenalan Diri, Pengalaman kerja yang berkaitan dan apa yang ingin sekiranya mendapat jawatan ini. Emelkan ke alamat emel berikut :

mdyp@johor.gov.my

6. Permohonan berikut akan ditolak:

(a) Tidak mengunakan Borang Permohonan daripada Majlis Daerah Yong Peng;
(b) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
(c) Permohonan tidak lengkap atau tidak terang;
(d) Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana dalam iklan.
(e) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Penjawat Awam;
(f) Tidak ditandatangani;
(g) Sekiranya borang tidak diisi dengan LENGKAP atau tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, Pengurusan Pentadbiran Majlis boleh menolak permohonan calon serta merta.

Catatan Am

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga;
2. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri;
3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan anda TIDAK BERJAYA).

Iklan dan borang permohonan jawatan MD Yong Peng disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong