Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Machang (MDM) 2024

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Machang (MDM) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Machang (MDM) sebagaimana berikut.

1. Pembantu Tadbir (P/O) N19
2. Juruteknik Komputer FT19
3. Pembantu Awam (Buruh Am) H11
4. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh tutup permohonan 21 Januari 2024 (Ahad), Jam 5.00 petang.
Lokasi penempatan : MDM Kelantan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Machang (MDM) Januari 2024

Cara Memohon

1. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDM. 1 berharga RM3.00 setiap satu. Borang permohonan boleh didapati di kaunter hasil Pejabat MDM bermula 07 Januari 2024 hingga 21 Januari 2024 jam 8.00 pagi – 5.00 petang.

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Pasport, salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah, Diploma dan Sijil-sijil Persekolahan atau Dokumen/testimonial yang berkaitan yang telah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A. Borang permohonan hendaklah ditulis nama jawatan di sebelah atas kiri.

3. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH MACHANG,
JALAN TOK KEMUNING,
18500 MACHANG, KELANTAN.

4. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat tidak akan dilayan.

5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga

6. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap permohonan tidak berjaya.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong