Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Pensyarah UMK 2023

Jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagaimana berikut.

1. Pensyarah DS45
2. Pensyarah Kanan DS51
3. Professor Madya DS53
4. Profesor VK7

Tarikh tutup permohonan 29 November 2023 (Rabu).
Lokasi penempatan : UMK Kelantan.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Pensyarah Universiti UMK November 2023

Cara-cara Mengemukakan Permohonan

(1) Pemohon perlu mengisi maklumat permohonan secara atas talian. Sila isi semua maklumat yang diperlukan.

(2) Sila lengkapkan borang permohonan jawatan akademik dan borang laporan pengadil. Dokumen berkenaan hendaklah dimuat naik semula sebelum pembayaran dilakukan.

(3) Permohonan tuan/ puan hanya akan diproses setelah bayaran dibuat. (Sila rujuk kaedah bayaran).

(4) Pemohon perlu memastikan semua maklumat lengkap dan sebarang pengemaskinian tidak dibenarkan setelah pemohon menekan butang ‘Hantar’.

Peringatan

Permohonan ini tidak akan diproses sekiranya permohonan yang dikemukakan tidak diisi dengan lengkap.dan pembayaran tidak dilakukan.

Kaedah Bayaran

Pembayaran sebanyak RM10.00 perlu dibuat secara atas talian (online banking) sahaja melalui pautan berikut : https://erecruitment.umk.edu.my/application/LoginUser.

Pembayaran perlu dibuat dalam satu transaksi sahaja

Pemberitahuan

(1) Notis penerimaan bayaran akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan. Sila pastikan emel yang dimasukkan adalah betul semasa membuat permohonan jawatan.

(2) Sebarang pertanyaan, sila hubungi 09-7797689/ 7674 (8.00 pagi Hingga 5.00 petang) atau emel spel.hrm@umk.edu.my

Keterangan Am

(1) Semua pemohon dianggap sebagai peribadi dan sulit. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

(2) Tempoh sah laku permohonan adalah selama enam (6) bulan. Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklum balas selepas enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong