Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Segamat (MPSegamat)

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Segamat (MPSegamat) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP/ KONTRAK di Majlis Perbandaran Segamat (MPSegamat) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA29
2. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
3. Juruteknik Komputer FT19
4. Pemandu Kenderaan H11
5. Pembantu Awam H11

Tarikh tutup permohonan 20 November 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : MP Segamat, Johor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Segamat (MPSegamat) Novemmber 2023

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah. Bersama-sama salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-

i. Kad pengenalan diri;
ii. Sijil kelahiran ;
iii. Sijil-sijil persekolahan;
iv. Sijil Kelulusan Akademik (sijil/Diploma/ljazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon;
v. Transkip keputusan akhir peperiksaan (jika diploma/ijazah sebenar masih belum diterima);
vi. Satu (1) keping gambar terkini berukuran "passport";
vii. Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada).
viii. Permohonan borang hendaklah disertakan dengan video resume yang berdurasi tidak lebih dari 3 minit dalam bentuk sofcopy

b) Permohonan-permohonan hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT,
85000 SEGAMAT.


c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil. 18.

d) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti iklan akan DITOLAK SERTA MERTA.

e) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

f) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

PERINGATAN: SEMUA SALINAN DOKUMEN DI ATAS HENDAKLAH DISAHKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN ( KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL) ATAU PENGHULU MUKIM/KETUA KAMPUNG.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong