Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong KPKM November 2023

Jawatan kosong terkini di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf KONTRAK di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Tadbir Gred N41
2. Pembantu Tadbir Gred N19

Tarikh tutup permohonan 15 November 2023 (Rabu).
Lokasi penempatan : KPKM Putrajaya.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong KPKM November 2023

Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengunakan borang permohonan BP.OS (Seperti di lampiran) dan mohon tulis nama jawatan yang dimohon.

b) Borang permohonan yang lengkap resume bergambar, salinan kad pengenalan dan salinan akademik (yang berkaitan) hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan yang disahkan oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas) dan dikemukakan kepada:-

Setiausaha Bahagian
Bahagian Sekuriti Makanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Aras 10, Wisma Tani, Lot 4G1, No.28
Persiaran Perdana Presint 4
62624, Putrajaya

Tarikh Tutup

c) Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat di atas mulai 1 November 2023 hingga selewat-lewatnya jam 12.00 tengah hari, 15 November 2023. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

d) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang jawapan daripada Kementerian ini dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan.

Pertanyaan

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai urusan ini, sila hubungi Encik Mohamad Rais bin Mohd Ali di talian 03-8870 1626 atau e-melkan kepada alamat rais@kpkm.gov.my.

Muat turun syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong