Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Sabah Parks November 2023

Jawatan kosong terkini di Sabah Parks / Taman-Taman Sabah 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia beraal dari negeri Sabah serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Sabah Parks sebagaimana berikut.

1. Pengurus Taman (Perikanan) Gred G41
Taraf Jawatan : Kontrak (Biayaan WWF)
Penempatan : Taman Tun Mustapha, Kudat.
Jadual Gaji : RM2,084.00 - RM9,551.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Tarikh tutup permohonan 07 November 2023 (Selasa).
Sektor : Berkanun

Jawatan Kosong Sabah Parks November 2023

Syarat Lantikan

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

2) Berkelayakan akademik:

a) ljazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains (Marin) atau (Alam Semulajadi) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
b) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kriteria Tambahan

1) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
2) Keutamaan diberikan kepada calon -calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (3) tahun dalam bidang berkaitan.

Tanggungjawab

Merancang dan memastikan pelan pembangunan perikanan mampan dilaksanakan agar sumber-sumber semulajadi marinnya dapat dipelihara disamping digunakan secara berterusan dan mendapat sokongan serta manfaat yang baik dari pelbagai pihak kepentingan dan kumpulan sasaran, amnya kepada masyarakat Taman Tun Mustapha agar matlamat pewartaannya tercapai dan selaras dengan hala tuju Pelan Strategik Taman -Taman Sabah seperti dalam visinya “Komuniti Hidup Harmoni Dengan Alam Semulajadi”.

Cara Memohon

1. Permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem EKerja-TTS yang boleh diakses melalui laman web rasmi Taman-Taman Sabah. (sila kepautan yang diberikan di bawah).

2. Permohonan melalui sistem hendaklah dilengkapkan dengan gambar berukuran Pasport, salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan dan Sijil -sijil Persekolahan beserta transkrip akademik.

3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 07 NOVEMBER 2023 (SELASA).

Syarat Tambahan

1. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima pada tarikh tutup iklan akan ditolak.
2. Pemohon tidak perlu meminta sokongan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan berhubung permohonan jawatan ini. Surat sokongan hanya perlu diberikan oleh Ketua Jabatan/Majikan di mana pemohon sedang bertugas.
3. Hanya calon yang telah disenarai pendek dan layak sahaja akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong