Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong PERPUSTAM November 2023

Jawatan kosong terkini di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Melaka) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Tadbir Gred N41

Tarikh tutup permohonan 06 November 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : PERPUSTAM Melaka.
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong PERPUSTAM November 2023

1. Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N41
Taraf Jawatan : Tetap
Jabatan : Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
Jadual Gaji Min - Maks : RM2,080.00 - RM9,546.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43); dan

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Tambahan

a) Mempunyai kemahiran kepimpinan, pengurusan, komunikasi dan interpersonal yang baik
b) Mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran / kewangan dan pembangunan minima 5 tahun.
c) Keutamaan adalah bagi calon-calon yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam perakaunan.

Fungsi Bidang Tugas

Bertanggungjawab merancang, mengurus, menyelaras, melaksana dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, kewangan dan pembangunan infrastruktur.

Cara Memohon

a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Kosong PERPUSTAM. Borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan dibawah.
b. Pemohon hendaklah mencetak dan mengisi borang permohonan dengan lengkap, Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
c. Borang permohonan perlulah disertakan dengan gambar terbaharu berukuran passport dan setiap dokumen yang disertakan MESTI DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional) / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.

d. Salinan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

i. Salinan Sijil Kelahiran
ii. Salinan Kad Pengenalan
iii. Salinan sijil akademik/ kemahiran daripada Institut Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS) , persekolahan dan transkrip akademik yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan.
iv. Lain-lain dokumen sokongan berkaitan.

e. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.

f. Borang permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran dan kehilangan dokumen dan dimasukkan ke dalam sampul surat serta mencatatkan nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri atas sampul surat.

g. Permohonan yang berikut akan ditolak :-

i. Tidak menggunakan borang PERPUSTAM
ii. Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan
iii. Tidak lengkap atau tidak terang
iv. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
v. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat
vi. Tidak ditandatangani dan tiada pengesahan dokumen-dokumen yang diperlukan.
vi Diterima selepas daripada permohonan ditutup

Catatan Am

a. Borang yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga melalui panggilan telefon / email dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan ditutup.
b. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c. Bagi calon yang dipanggil untuk ditemuduga tetapi tidak menerima apa-apa keputusan selepas tiga (3) bulan dari tarikh temuduga hendaklah menganggap mereka tidak berjaya.

Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
242-1 Jalan Bukit Baru
75150 Melaka.


Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 06 NOVEMBER 2023 (Isnin) selewatnya jam 5.00 petang.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong