Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, Kementerian Komunikasi dan Digital sebagaimana berikut.

1. Penolong Akauntan
2. Pembantu Operasi

Tarikh tutup permohonan 16 Oktober 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : JPDP Putrajaya.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) Oktober 2023

1. Penolong Akauntan

Syarat-syarat kelayakan:-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
dan
(c) Mempunyai kelayakan seperti berikut:-

i. Diploma dalam bidang pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
iii. Mahir menggunakan Microsoft Office dan Microsoft Excel; dan
iv. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Deskripsi Tugas

i. Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.

Kemudahan

Gaji Minimum : RM1,510.92
Gaji Maksimum : RM5,678.00
Caruman : KWSP dan PERKESO

2. Pembantu Operasi

Syarat-syarat kelayakan:-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
dan
(c) Mempunyai kelayakan seperti berikut:-

i. Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].

Deskripsi Tugas

i. Menjalankan kerja-kerja memasukkan sijil di dalam sampul pos; dan
ii. Menjalankan kerja penghantaran surat.

Kemudahan

Gaji Minimum : RM1,216.00
Gaji Maksimum : RM2,983.00
Caruman : KWSP dan PERKESO

Cara Memohon

a) Calon yang berminat untuk memohon jawatan tersebut perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

i. Borang Permohonan Jawatan;
ii. Curriculum Vitae / Resume;
iii. Salinan sijil PMR/SPM/STPM/DIPLOMA/IJAZAH atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; dan
iv. Sijil Vaksinasi

b) Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 16 Oktober 2023

Semua permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)
Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA

ATAU

Permohonan boleh dihantar melalui email ke : pengambilan@pdp.gov.my

Temu Duga

Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan. Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

Keputusan

Keputusan temu duga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan pelantikan daripada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.

Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

Cik Siti Noorain binti Md Saad Tel : 03-8911 5168
Puan Norshida binti Sahat Tel : 03-8911 7912
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong