Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Institut Kemahiran MARA (IKM) 2023

Jawatan kosong terkini di Institut Kemahiran MARA (IKM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru sebagaimana berikut.

1. Juruteknik Komputer FT19
2. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh tutup permohonan 09 November 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : IKM Johor Bahru, Johor.
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Institut Kemahiran MARA (IKM) November 2023

1. Jawatan : Juruteknik Komputer FT19
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji : RM1,377.00 - RM4,052.00

Syarat Kelayakan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19 : RM1,377.00); atau
d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19 : RM1,435.12); atau
e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19 : RM1,493.24); atau
f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Jawatan : Pemandu Kenderaan H11
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak

Jadual Gaji :

Lesen D : RM1,264.15
Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
Lesen F/H : RM1,356.45
Lesen G/l : RM1,402.60

Syarat Kelayakan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Peniaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
d) Memilii Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan
e) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (p))
f) Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV kelas E)
g) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan yang meliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan di atas bolen menghantar passport. Sila tulis perkataan PEMANDU KENDERAAN (H11) atau JURUTEKNIK KOMPUTER (FT19) di bahagian atas sebelah kanan. Permohonan ini hendaklah di hantar ke alamat :

PENGARAH
INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU
JALAN TARUKA OFF JALAN DATIN HALIMAH,
80990, JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 09 November 2023 (Khamis).

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan; permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong