Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong MBJB 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Johor atau yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Tadbir N41

Tarikh tutup permohonan 11 September 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : MBJB Johor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MBJB September 2023

Jawatan : Pegawai Tadbir N41
Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
Jadual Gaji (Min - Mak) : RM2,080.00 - RM9,546.00

Syarat Lantikan

(a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,080.00 ); atau

(b) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,283.43 )

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) mempunyai kelayakan di perenggan (a) dan (b); atau
(b) lulus Peperiksaan Khas; dan

(c) had umur pelantikan:-

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Umur

Calon bagi lantikan hendaklah berumur :

(a) tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 8, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU sila muat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun @ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi tiga (3) tahun terakhir dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 11 September 2023 __

(d) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan dokumen-dokumen sebagaimana berikut dan telah diakui SAH :-

(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
(iii) salinan transkrip pengajian;
(iv) salinan sijil Diploma/Ijazah;
(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
(Sijil / Diploma / Ijazah);
(vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
(vii) salinan Lesen Kelas Memandu;
(viii) salinan kad pengenalan;
(ix) salinan sijil kelahiran; dan
(x) gambar berukuran pasport terbaru.

dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
MENARA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
NO. 1, JALAN LINGKARAN DALAM
BUKIT SENYUM
80300 JOHOR BAHRU

Catatan Am

(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggung jawab calon sendiri.
(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
(d) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan akan ditolak serta merta.

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong