Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong KPDN Negeri Sembilan 2023

Jawatan kosong terkini di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan sebagaimana berikut.

1. Personel MySTEP (Setaraf Diploma)
2. Personel MySTEP (Setaraf SPM)

Tarikh tutup permohonan 02 Oktober 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : KPDN Negeri Sembilan.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong KPDN Negeri Sembilan Oktober 2023

1. Jawatan : Personel MySTEP
Kelayakan Akademik : Setaraf Diploma
Gaji : RM1,900.00 sebulan
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman Perkeso
Kemahiran : Mahir menggunakan komputer (Aplikasi Office) dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, boleh memandu dan mempunyai kenderaan sendiri

2. Jawatan : Personel MySTEP
Kelayakan Akademik : Setaraf SPM
Gaji : RM1,700.00 sebulan
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman Perkeso
Kemahiran : Mahir menggunakan komputer (Aplikasi Office) dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, boleh memandu dan mempunyai kenderaan sendiri serta mempunyai kemahiran multi media.

Penempatan : Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri (PPDN) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan

Cara Memohon

Calon yang berkelayakan hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut sebelum atau pada 02 Oktober 2023 :

1) Resume terkini berserta gambar berwarna
2) Salinan kad pengenalan
3) Salinan Sijil Diploma/SPM
4) Salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
(dicetak melalui MySejahtera)
5) Salinan lesen memandu
6) Salinan sijil-sijil yang berkaitan

kepada :

almunizam@kpdn.gov.my
hidayahrosli@kpdn.gov.my

Perhatian

1. Calon Hendaklah Mempunyai Kemudahan Komputer Riba Dan “Smart Phone”
2. Hanya Calon Yang Disenarai Pendek Akan Dijemput Hadir Ke Sesi Temu Duga
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong