Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong YPKT Ogos 2023

Jawatan kosong terkini di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Terengganu yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sepertimana berikut.

1. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh tutup permohonan 20 Ogos 2023 (Ahad).
Lokasi penempatan : YPKT Terengganu,
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong YPKT Ogos 2023

Jawatan : Pemandu Kenderaan
Taraf Jawatan : Kontrak
Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Gred Jawatan / Gaji : H 11
Bilangan Kekosongan : 6 (Enam)

Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM 1,218.00 - RM 2,939.00
Kadar Kenikan Gaji Tahunan : RM80.00

Elaun :

Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 95.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00

Syarat Lantikan

Calon-calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Terdiri daripada warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

(c) i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

ii) Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P); dan

iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu :

• Lesen D : RM1,264.15
• Lesen Kelas E/E1/E2 : RM1,310.30
• Lesen Kelas F/H : RM1,356.45
• Lesen Kelas G/I : RM1,402.60

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera dibawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera diliputi oleh skim ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda dan bas.

Cara Memohon

1. Calon-calon yang berminat boleh memohon menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada :

PENGARAH
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA
TERENGGANU,
JALAN SULTAN OMAR,
20300 KUALA TERENGGANU

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Ogos 2023 (Ahad).

Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

i) Gambar berukuran pasport (warna) ;
ii) Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan yang disahkan ;
iii) Salinan sijil pelajaran yang disahkan ;
iv) Salinan kad pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Terengganu yang disahkan.

Catatan:

i) Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
ii) Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di talian 09-6249355/57/58 Samb. 120

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong