Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM Kedah 2023

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2023. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani.

1. Pensyarah UiTM

Tarikh tutup permohonan 15 Ogos 2023 (Selasa).
Lokasi penempatan : UiTM Sungai Petani, Kedah.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UiTM Kedah Ogos 2023

Perhatian Kepada Pemohon

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan‐Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan / Badan Berkanun / separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
• Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun berturut-turut (Bagi jawatan gred 41 dan ke atas)

4. Satu pemohon hanya boleh memohon untuk SATU JAWATAN yang diiklankan sahaja.

5. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor :

a. Pemohon–pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)

6. Nama jawatan, bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

7. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan / badan berkanun / separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

8. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

9. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

10. Pemohon–pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah.

Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Ogos 2023.

Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM CAWANGAN KEDAH
KAMPUS SUNGAI PETANI
08400, MERBOK
KEDAH DARUL AMAN
NO. TEL: (04) 4562054 / 2056 / 2059

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong