Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Daerah Bera (MD Bera) 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Bera (MD Bera) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Pahang (Keutamaan diberikan kepada warga Daerah Bera) serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Bera (MD Bera) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41/42
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar JA36
3. Penolong Jurutera JA36
4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32
5. Penolong Akauantan W32
6. Pembantu Tadbir (P/O) N22
7. Pembantu Penguatkuasa KP22
8. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
9. Pembantu Kesihatan Awam U19

Tarikh tutup permohonan 21 Ogos 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : MD Bera, Pahang.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Daerah Bera (MD Bera) Ogos 2023

Cara Pemohonan

i. Syarat-syarat dan kelayakan permohonan boleh dirujuk secara dalam talian (sila kepautan yang diberikan di bawah).

ii. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan MD. BERA 1 Pindaan 3/2017 dengan harga RM1.00 setiap borang yang boleh didapati dengan cara datang sendiri ke pejabat atau juga boleh diperolehi secara percuma (sila kepautan yang diberikan di bawah). Sila kemukakan permohonan kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BERA
28200 BANDAR BERA
PAHANG DARUL MAKMUR
( u/p : Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia )

iii. Permohonan daripada pegawai yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A 21’. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun terkini (termasuk kakitangan kontrak).

iv. Permohonan berikut akan ditolak jika :

a) Tidak lengkap, tidak disertakan dengan salinan mykad, gambar dan tidak menyertakan salinan sijil-sijil yang disahkan;
b) Tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan ; dan
c) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat (termasuk kakitangan kontrak).

Tarikh Tutup Iklan

Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar sebelum atau pada 21 Ogos 2023 (Isnin) ke Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 1, Pejabat Majlis Daerah Bera.

Catatan

i. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
ii. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Perhatian Kepada Semua Pemohon

“ Tawaran pelantikan tuan / puan ini tertakluk kepada apa-apa semakan oleh Kerajaan kepada terma dan syarat perkhidmatan dari semasa ke semasa ”

Iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong