Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Pengerang (MP Pengerang) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Perbandaran Pengerang sebagaimana berikut.

1. Arkitek J41
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41
3. Penolong Juruukur Bahan JA29
4. Penolong Pegawai Senibina JA29
5. Penolong Pegawai Pertanian G29
6. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
7. Penolong Pegawai Tadbir N29
8. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
9. Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29
10. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
11. Pembantu Tadbir (P/O) N19
12. Pembantu Juruaudit W19
13. Pembantu Operasi N11
14. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh tutup permohonan 14 Ogos 2023 (Isnin).
Lokasi penempatan : MP Pengerang, Johor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang 2023

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pengerang melalui pautan yang diberikan di bawah.

2. Semua permohonan hendaklah disertakan :-

i. Ringkasan maklumat peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja (resume),
ii. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan,
iii. Salinan sijil lahir yang telah disahkan,
iv. Salinan sijil tamat persekolahan/ sijil berhenti sekolah yang telah disahkan,
v. Salinan sijil pendidikan tertinggi (Ijazah/ Diploma/ STPM/ SPM/ PMR) yang telah disahkan, dan
vi. Salinan semakan pengiktirafan kelayakan pendidikan dari JPA melalui laman web interaktif https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil/Diploma/Ijazah)

3. Permohonan bagi jawatan Gred 29 dan ke atas hendaklah disertakan dengan ‘video resume’  sebagaimana berikut:

i. Berdurasi tidak lebih dari 3 minit
ii. Menggunakan suara pemohon sebenar
iii. Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah:
  • Ringkasan latar belakang keluarga pemohon
  • Ringkasan latar belakang pendidikan pemohon
  • Ringkasan pengalaman kerja pemohonan
  • Pekerja/aktiviti terakhir atau semasa pemohon
  • Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon
  • Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon
  • Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau 'NGO'
  • Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.
  • Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon
  • Ringkasan kelemahan/kekurangan pemohon
4. Pemohon digalakkan menghasilkan ‘video resume’ yang unik dan kreatif dan hendaklah dimuatnaik ke dalam borang permohonan. Sila pastikan setiap video yang dihantar mempunyai nama pemohon/No.KP dan jawatan dipohon (rename). Contoh : [Ali bin Abu_000130015213_Penolong Pegawai Tadbir N29]

5. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertakan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan 3 laporan penilaian prestasi tahunan yang terakhir sepertimana mengikut peraturan 18 Tahun 2012 dibawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat, dan penamatan Perkhidmatan) yang perlu di bawa semasa temuduga.

6. Semua pemohon yang disenarai pendek perlu mengambil ujian – ujian yang berkaitan berdasarkan jawatan yang dipohon. Hanya calon yang layak dan melepasi ujian-ujian tersebut akan dihubungi untuk di temuguda. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri.

7. Calon hendaklah menduduki ujian psikologi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Bahagian Sumber Manusia bagi saringan psikologi.

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 14 Ogos 2023 (Isnin).

Permohonan Yang Akan Ditolak:

1. Borang permohonan yang tidak lengkap.
2. Borang yang tidak disertakan dokumen yang lengkap.
3. Tidak mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan bagi kakitangan Kerajaan.
4. Borang yang diterima selepas tarikh tutup iklan.
5. Pemohon tidak memenuhi/ tidak menepati syarat-syarat lantikan jawatan yang diiklankan.

Iklan dan syarat-syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online melalui google form disini
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM !
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong