Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2023

Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perak serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagaimana berikut.

1. Pegawai Tadbir (Teknologi Maklumat) N41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Pegawai Penilaian N41
4. Jurutera J41
5. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J41
6. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
7. Pembantu Kemahiran H19
8. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh tutup permohonan 17 Ogos 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : MBI Perak
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Ogos 2023

Cara Memohon

1. Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat menggunakan (Borang MBI.1) Pind.2/2009 yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.

2. Permohonan hendaklah disertakan:-

i) Sekeping gambar terkini berukuran paspot; (dilekatkan pada borang permohonan);
ii) Salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Lahir; (disahkan);

iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah; (disahkan);
iv) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia dan Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah ; (disahkan);
v) Salinan Diploma dan transkrip / Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian; (disahkan)
vi) Salinan Ijazah dan transkrip / Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian; dan (disahkan)
vii) Salinan sijil-sijil lain yang berkaitan (disahkan)

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi dengan mencatatkan nama jawatan di sebelah kiri sampul surat hendaklah dikemukakan kepada:

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Ipoh
Tingkat 1. Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown,
30450 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Tarikh tutup permohonan : 17 OGOS 2023 (KHAMIS)

Catatan Am

(a) Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Hanya calon-calon yang diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar sahaja yang layak dilantik mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong