Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong JPNIN Ogos 2023

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP terkini di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sebagaimana berikut.

1. Pereka Grafik (Personel MySTEP)
Gaji : RM1,900 sebulan
Tempoh Lantikan : Sehingga 31 Disember 2023
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
Penempatan : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Ibu Pejabat, Putrajaya.

Tarikh tutup permohonan 25 Ogos 2023 (Jumaat).
Lokasi penempatan : JPNIN Putrajaya.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong JPNIN Ogos 2023

Syarat Kelayakan

Memiliki kelayakan Diploma atau yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kriteria Tambahan

Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki pengetahuan dan kemahiran serta ciri-ciri seperti berikut:

a) Berkemahiran dalam pertuturan, penterjemahan dan penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
b) Berkemahiran dalam aplikasi Microsoft Office, Excel, Power Point dan Media sosial.
c) Mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam penggunaan perisian (software skills) grafik dan multimedia.

Deskripsi Tugas

a) Membantu mengurus hantaran di platform media sosial Jabatan iaitu Facebook, Youtube, Instagram dan Tik Tok mengenai program dan aktiviti Jabatan;
b) Menyediakan penerbitan videografik/video/kapsul berkenaan program dan aktiviti Jabatan sebagai kandungan di media sosial rasmi Jabatan;
c) Membantu tugasan media sosial merangkumi tugasan pengambilan, suntingan dan penerbitan video program/aktiviti Jabatan; dan
d) Membantu kerja-kerja pengemaskinian laman web Jabatan.
e) Membantu kerja-kerja promosi dan publisiti Jabatan;
f) Membantu tugasan perkeranian dan pentadbiran am

Cara Memohon

1. Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut (tidak akan dikembalikan):

a) Resume (turut dinyatakan maklumat untuk dihubungi) beserta gambar terkini berwarna bersaiz pasport;
b) Salinan sijil Diploma, SPM serta sijil lain yang berkaitan;
c) Salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19

2. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui emel ke unit_upo@perpaduan.gov.my dengan tajuk emel Permohonan Personel MySTEP – Jawatan Pereka Grafik.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Ogos 2023 (Jumaat).

Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga. Calon yang tidak dipanggil dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
Lihat kekosongan jawatan yang lain :
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM!
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

4 comments

  1. Saya ingin nk memohon pekerjaan niee.bole bgi info di mana..
    1. Permohonan melalui emel yg tertera.. penempatan di putrajaya.
    2. Email mana ye?
    3. emel ke: unit_upo@perpaduan.gov.my dengan tajuk emel Permohonan Personel MySTEP – Jawatan Pereka Grafik.
Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong