Jawatan Kosong WhatsApp Channel Join Now

Jawatan Kosong UiTM Negeri Sembilan 2023

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2023. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap / Kontrak di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Negeri Sembilan sebagaimana berikut.

1. Pensyarah UiTM
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Tarikh tutup permohonan 17 Ogos 2023 (Khamis).
Lokasi penempatan : UiTM Negeri Sembilan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong UiTM Negeri Sembilan Ogos 2023

Cara Memohon

a. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan (sila kepautan yang diberikan di bawah).

b. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di dalam sistem Pengambilan UiTMCNS dengan bayaran RM10.00 bagi setiap nombor pin untuk setiap satu jawatan yang dimohon.

c. Sekiranya anda terpilih untuk ditemuduga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga. Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan, panggilan temuduga adalah terbatal. Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:

i. Borang Permohonan
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Kelahiran
iv. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
v. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)(Jika berkenaan)
vi. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (Jika berkenaan)
vii. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambilkira pengalaman kerja/penetapan gaji
viii. Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
ix. Dokumen berkaitan yang dipohon

d. Maklumat tambahan, bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

• Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara
• Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

e. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas Enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah tidak berjaya.

f. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Permohonan jawatan secara online disini
JOM SERTAI KAMI DI TELEGRAM
Jom sertai kami di Telegram Channel Jawatan Kosong sekarang. Dapatkan info-info jawatan kosong terkini terus ke Telegram anda. Kini lebih 40 ribu telah join dan mengaktifkan pemberitahuan di Telegram.
Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.

Post a Comment

Sila tinggalkan komen atau sebarang pertanyaan anda disini, mesej yang berunsur spam adalah tidak dibenarkan sama sekali.
© Jawatan Kosong. All rights reserved. Developed by Jawatan Kosong